5.1.1 Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia
Sebelum 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempuyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada pada masa tersebut hanya bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.
Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.
ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan itu Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasi Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama falsafah tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.
5.1.2 Pernyataan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru
"Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." (BGP, KPM, 1982)
Kandungan tersurat : berperkerti mulia
Keterangan tersirat : Bersedia untuk meletakkan kepentingan utama kepada orang lain melebihi diri sendiri
Contoh : Sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas
Kandungan tersurat : Berpandangan progresif dan saintifik
Keterangan tersirat : Berfikiran positif dan proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran. Sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas
Contoh : Berusaha mempunyai pelbagai teknik mengajar
Kandungan tersurat : Bersedia menjunjung aspirasi negara
Keterangan tersirat : Sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai perkara terpenting. Mengutamakan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas
Contoh : Taat arahan dan utamakan dasar KPM
Kandungan tersurat : Menyanjung warisan kebudayaan negara
Keterangan tersirat : Meletakkan diri sendiri sebagai role model untuk mengelakkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibubapa dan masyarakat
Contoh : Menjaga kelakuan sepanjang masa
Comments